Namun
begitu, tekanan melampau yang berlaku di kalangan guru adakalanya memakan diri
sendiri. Seorang guru sekolah rendah terkejut mendapati anaknya yang
berusia lima tahun tidak bernyawa selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam
kereta selama beberapa jam. Gara-gara mengejar waktu untuk mengimbas kad
perakam waktu di sekolah, dia telah terlupa bahawa anaknya masih lagi berada di
dalam kenderaan.. Kejadian itu telah membuka mata banyak pihak.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menegaskan bahawa
guru-guru di Malaysia ini bekerja dalam keadaan tekanan atau tekanan yang melampau
lebih-lebih lagi apabila jemaah nazir dari Kementerian Pelajaran memantau
guru-guru di sekolah. Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28
Februari 1998, mencatatkan bahawa guru merupakan anggota perkhidmatan awam yang
paling ramai menerima rawatan mental. Kenyataan ini bertepatan dengan pepatah
Melayu yang menyatakan bahawa ‘guru ibarat lilin yang menerangi orang lain,
tetapi membakar dirinya sendiri.
Terdapat
banyak contoh yang berkaitan dengan tindakan disiplin yang berdasarkan emosi
yang dilakukan oleh para guru. Antaranya ialah kejadian di mana 200 orang
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak telah dihukum
dengan cara berendam di dalam sebuah kolam kotor oleh Warden Asrama mereka
disebabkan masalah disiplin.Pada tahun 2006 pula, seorang guru
disiplin di sebuah sekolah menengah di Kelantan telah bertindak memukul seorang
pelajar berulang kali di kawasan sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari
terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Berita Harian, 2006).
Sementara itu, pada tahun 2008, seorang pelajar Tingkatan Lima di Kuching,
Sarawak telah ditumbuk dan ditampar oleh guru disiplin sekolahnya atas tuduhan
mencuri wang dan pendrive milik rakannya sendiri. Akibat perlakuan
guru displin tersebut, pelajar terbabit mengalami trauma untuk ke sekolah
kerana takut kejadian yang sama akan berulang kembali (Berita Harian, 2008)
Terdapat
banyak faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan di kalangan guru pada masa
kini. Antara faktor tekanan yang dapat dikesan ialah
sistem kepimpinan dan komunikasi yang teruk, sistem autokratik dan gaya
kepimpinan yang bersifat ‘buli’. Kuehn (1993) dalam kajiannya
mendapati faktor-faktor penyebab tekanan dikalangan guru ialah kerana kurangnya
masa untuk merubah pelajar yang bermasalah dan tidak dapat membuat keputusan
yang berkaitan dengan mereka. Pada masa kini, di samping bertindak sebagai agen
penyampai di dalam kelas, guru-guru juga ada yang bertindak sebagai Guru
Disiplin di sekolah. Ini bermaksa mereka memikul bukan satu tanggungjawab di
sekolah, tetapi dua atau malahan lebih lagi tugas yang dipertanggungjawabkan
kepada mereka.
Jarnagin
(1997) dalam kajiannya pula mendapati para guru sering menghadapi
masalah dengan kertas kerja yang banyak, red tape, kecewa dengan ibu bapa dan
masyarakat, mereka merasakan diri mereka tidak dihargai, faktor gaji yang
rendah daan tertekan apabila dinilai ke atas perkara-perkara yang tidak dapat
dikawal.
Setiap
masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.. Demikianlah juga dengan isu
ini.Pihak-pihak tertentu harus mengambil langkah untuk menyelesaikannya. Sebagai
langkah pertama, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa
langkah pencegahan seperti menganjurkan bengkel, seminar serta kursus-kursus
berhubung dengan masalah tekanan yang berlaku di kalangan guru. Bak kata pepatah
‘mencegah lebih baik daripada mengubatinya’. Selain daripada itu, pihak
pentadbir juga perlu memainkan peranan mereka. Mereka boleh memberi dorongan
dan menunjukkan keyakinan kepada guru bahawa mereka mampu melakukannya walaupun
sebelum ini guru tersebut tidak pernah mengajar subjek itu. Selain
daripada itu, pembelajaran yang seratus peratus berpusatkan kepada guru perlu
dihindarkan. Guru perlu menggalakan murid-murid menjalankan
aktiviti yang mana guru hanya bertindak sebagai pembimbing sahaja.
Kesimpulannya
ialah, tekanan adalah sebahagian dan sentiasa melingkari kehidupan seharian
manusia. Justeru setiap daripada kita menghadapi tekanan cuma yang membezakan
adalah pada peringkat manakah tekanan memberi kesan dalam kehidupan Dengan ini,
guru juga turut menghadapi tekanan dan adalah penting bagi guru yang menghadapi
tekanan mengetahui kemahiran pengurusan tekanan. Ini supaya tekanan yang
dihadapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada guru sehingga menjejaskan imej
mereka serta organisasi pendidikan itu sendiri. Diharapkan dengan tugas guru
yang semakin mencabar kini, beberapa kajian lain tentang tekanan guru dapat
dlakukan lagi dan kenal pasti tindakan yang boleh diambil agar matlamat
pendidikan untuk menghasilkan guru dan murid yang cemerlang tercapai.
Bagi calon pelamar CPNS 2016 mulai sekarang sudah bisa mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian CPNS tahun 2016 nanti. Penerimaan CPNS 2016 akan dilakukan dengan Sistem CAT (Computer Assisted Test). Jika ingin lulus CPNS satu-satunya cara adalah dengan belajar dan melakukan persiapan mentap dengan menguasai bagaimana sistem CAT CPNS dan materinya. Penerimaan CPNS 2016 semakin ketak dan banyak persaingan,,Jadi salah satu jalan LOLOS CPNS Anda langsun kordinasi Kepala Sekertariak Panitia Di Pusat BKN,Bpk.Drs DEDE JUNAEDY No Tlp:085218184887 Trima kasih
ReplyDelete