Latarbelakang Penulis




Monday 24 June 2013

KIBLAT GURU DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

  Pendidikan memainkan peranan yang besar dalam pembangunan sesebuah negara. Mutu pendidikan yang baik secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada 
pembentukan generasi yang gemilang dan terbilang dalam sesebuah negara yang mampan, produktif dan sihat. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada produktiviti yang tinggi di kalangan ahli-ahli pendidik terutama sekali para guru memandangkan guru menyumbang sebahagian besar daripada pekerjaan di dalam bidang pendidikan
            Guru merupakan elemen terpenting dalam pedagogi untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Kualiti pengajaran guru pada hari ini atau masa-masa yang akan datang jika dibandingkan dengan hari-hari yang lepas adalah tidak sama atau sukar untuk dipiawaikan. . Ini menjadikan kerjaya guru kian mencabar. Kepuasan kerja dan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan tekanan boleh mempengaruhi kualiti pengajaran guru dan seterusnya mempengaruhi pula produktiviti, prestasi dan kecekapan guru.

No comments:

Post a Comment